Language/语言/Bahasa

Teh GlucosCare®

Ramuan semula jadi

Our herbal tea products are distributed to more than 20 countries around the world, including Hong Kong, New Zealand, Kuwait, Serbia and Poland

Watch video

Teh GlucosCare® dirumus secara saintifik daripada 2 jenis tumbuhan Gymnema Sylvestre dan Camellia Sinensis.


Gymnema Sylvestre (yang bermaksud “Penghapus Gula” dalam bahasa Sanskrit) boleh ditemui secara meluas di hutan-hutan Australia dan Asia Selatan. Herba semula jadi ini telah digunakan di Asia Selatan selama lebih 2000 tahun sebagai rumusan tradisional untuk mengawal paras gula dalam darah.


Camellia Sinensis (juga dikenali sebagai teh hijau) turut digunakan disebabkan manfaat antioksidannya dalam penyelenggaraan sel dan tisu.

Teh GlucosCare® Dari Aspek Sains

Asid teh daripada kedua-dua ramuan herba yang dipilih khas itu mempunyai sktrukur molekul yang sama dengan glukos. Ini membolehkan molekul-molekul Teh GlucosCare® untuk terikat kepada reseptor gula yang serupa di dalam usus.

Apabila Teh GlucosCare® diminum selepas makan, kehadiran molekul asid Teh GlucosCare® di dalam usus akan menyekat sebahagian molekul glukos daripada terikat kepada reseptor gula tersebut dan mengurangkan penyerapan gula ke dalam badan.

Secara amnya, ini merendahkan jumlah kalori yang diambil oleh tubuh, menyebabkan Teh GlucosCare® juga berkesan sebagai alternatif yang sihat bagi penghidap diabetes atau mereka yang mengamalkan diet atau yang menjaga berat badan.

Manfaat Meminum Teh GlucosCare®

  • Mencegah pengambilan gula yang berlebihan
  • Membantu melaras dan mengawal tahap gula darah dalam tubuh
  • Membantu untuk mengawal berat badan
Ujian klinikal menunjukkan bahawa Teh GlucosCare® berkesan dalam mengawal gula darah dan berat badan.

Ia disyorkan terutamanya untuk pesakit yang menghidap Diabetes Melitus Jenis 2, disebabkan teh ini memberi sokongan tambahan kepada rawatan yang telah dipreskripsikan.

Di samping itu, Teh GlucosCare® juga boleh diambil sebagai minuman kesihatan yang bermanfaat untuk mereka yang menjaga berat badan ataupun pengguna yang mementingkan kesihatan.

Pembuatan berkualiti

Semua produk kami menjalani kawalan kualiti yang ketat. Teh GlucosCare® dihasilkan di kilang pengeluaran kami sendiri dalam persekitaran yang selamat dan bersih. Semua ramuan dipilih dengan teliti dan diproses untuk mencapai manfaat gabungan yang sepenuhnya.

Pemeriksaan kualiti yang ketat dibuat sebelum produk-produk kami dihantar dan diedarkan ke destinasi jualan di seluruh dunia.

Mengapa Memilih Teh GlucosCare®?

  • Disokong oleh syarikat-syarikat korporat penjagaan kesihatan yang ternama
  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • Disokong oleh piawaian GMP (Amalan Pengilangan Baik), Berlesen Farmaseutikal / kilang HACCP
  • Disokong oleh makmal milik kami sendiri untuk kawalan kualiti
  • Kaedah kawalan kualiti yang ketat, daripada pemerolehan bahan-bahan mentah hinggalah kepada produk yang disiapkan.
  • Pematuhan yang ketat terhadap Kementerian Kesihatan untuk:
    • Piawaian ujian mikrob
    • Piawaian ujian logam berat
Disokong oleh para penyelidik, ahli-ahli farmasi, ahli-ahli mikrobiologi, ahli-ahli kimia dan penyelia-penyelia kawalan kualiti yang mengkhusus dalam ubat-ubatan herba dan farmaseutikal barat.