Language/语言/Bahasa

Read More About Tea
S: Adakah Teh GlucosCare® mengandungi perisa tiruan?

Teh GlucosCare® tidak mengandungi sebarang perisa tiruan atau bahan kimia. Perisa yang terdapat pada Teh GlucosCare® berasal dari perisa semula jadi herba-herba.

S: Apakah manfaat Teh GlucosCare®?

Teh GlucosCare® ialah teh herba semula jadi 100% yang membantu mengurangkan penyerapan gula dalam saluran gastrousus tubuh, sekaligus mengawalatur paras gula dalam darah.

S: Di mana saya boleh membeli Teh GlucosCare®?

Anda boleh mendapatkannya di rangkaian niaga utama, farmasi dan kedai ubat, namun keadaan ini mungkin berbeza di lain-lain negara.

Di Singapura, anda boleh mendapatkannya di rangkaian niaga utama seperti Guardian, Watsons, Unity NTUC Healthcare, NTUC (22 gedung terpilih), Mustafa Centre, pasaraya serba-serbi OG dan di kebanyakan kedai ubat (kecuali Hock Hua) dan Poliklinik.

S: Apakah cara penyediaan terbaik untuk menggunakan teh GlucosCare®?

Rendamkan 1 uncang teh dalam secawan air panas selama kira-kira 5 minit. Bergantung kepada citarasa anda, setiap uncang teh boleh digunakan sebanyak 1 hingga 3 hidangan.

Untuk rasa yang lebih sedap, tambahkan limau nipis/ lemon atau susu tanpa lemak, jika suka.

S: Siapakah yang boleh mengambil Teh GlucosCare®?

Teh GlucosCare® disyorkan untuk pesakit Diabetes Melitus Jenis 2, mereka yang menjaga berat badan, atau pengguna yang mementingkan kesihatan kerana ia membantu melaraskan tahap gula darah dalam tubuh.

Walau bagaimananpun, memandangkan kehamilan ialah suatu keadaan yang rumit, wanita yang hamil atau menyusukan bayi tidak disyorkan mengambilnya.

S: Saya seorang Muslim. Bolehkah saya mengambil Teh GlucosCare®?

Ya, anda boleh. Teh GlucosCare® mendapat persijilan halal dan sesuai untuk diambil oleh orang-orang Muslim.

S: Apakah kemungkinan kesan sampingan pengambilan Teh GlucosCare®?

Teh GlucosCare® diperbuat 100% daripada herba semula jadi dan tidak memberi sebarang kesan sampingan yang teruk.

Teh ini mungkin menyebabkan kesan diuretik dan anda mungkin akan lebih kerap membuang air kecil berbanding sebelumnya. Di samping itu, mereka yang mudah mengalami sakit gastrik yang teruk mungkin akan berhadapan dengan ketidakselesaan perut sekiranya teh ini diminum sebelum makan. Oleh itu, kami syorkan pengambilan Teh GlucosCare® selepas makan.