Language/语言/Bahasa

Diabetes

Pengambilan gula mestilah dihadkan. Rasa manis semula jadi daripada susu, buah-buahan atau madu adalah baik untuk kesihatan anda. Namun begitu, anda hendaklah mengurangkan gula tambahan atau gula ringkas serta pemanis tiruan dalam diet anda.
Apakah masalah kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan?

Pengambilan gula yang berlebihan menyebabkan keradangan di dalam tubuh. Keradangan dikaitkan dengan pelbagai komplikasi, daripada jerawat, kedutan, sakit sendi, penyakit jantung, hinggalah kepada kencing manis.

Apakah diabetes melitus?

Diabetes mellitus often referred to as diabetes - a group of metabolic diseases in which a person has high blood sugar, either because the body does not produce enough insulin, or because cells do not respond to the insulin that is produced. High blood sugar produces the classical symptoms of polyuria (frequent urination), polydipsia (increased thirst) and polyphagia (increased hunger).

Ia merupakan pembunuh senyap kerana gejalanya seringkali tidak kelihatan, menyebabkan ia tidak dianggap serius.

Secara amnya, diabetes boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama:

Diabetes Jenis 1: (Juga dikenali sebagai kencing manis bersandar insulin atau Inggerisnya Insulin Dependant Diabetes Mellitus Diabetes (IDDM).

Insulin tidak dihasilkan disebabkan kerosakan sel-sel pankreas. Ia biasanya dikesan pada kanak-kanak atau golongan remaja sungguhpun ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia. Insulin diperlukam untuk rawatan kerana komplikasinya berlaku secara tiba-tiba dan mengancam nyawa.


Diabetes Jenis 2: (Juga dirujuk sebagai kencing manis yang tidak bergantung kepada insulin atau Inggerisnya Non-Insulin Dependant Diabetes Mellitus (NIDDM).

Insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau tidak berkesan (kerintangan insulin). Ia lebih banyak terjadi kepada mereka yang berusia lebih 40 tahun, terutamanya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan tidak aktif secara fizikal. Lebih ramai golongan remaja dan kanak-kanak yang menghidap Diabetes Jenis 2. Ia boleh dikawal dengan amalan diet yang tidak betul dan senaman, namun kebanyakan penghidap diabetes juga perlukan perubatan secara oral.

Diabetes gestasi:

Terjadi dalam kira-kira 2-5% kehamilan. Terdapat pada wanita yang tidak pernah menghidap penyakit kencing manis tetapi mempunyai paras gula darah yang tinggi semasa hamil. Diabetes gestasi buasanya hilang selepas bersalin.

Apakah Insulin dan Apakah Yang Dilakukannya?

Insulin ialah sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel-sel beta, iaitu sel-sel yang bertaburan di dalam bahagian pankreas. Insulin yang dihasilkan dilepaskan ke dalam aliran darah dan bergerak di seluruh tubuh. Insulin adalah hormon penting yang melaksanakan pelbagai tindakan di dalam tubuh. Kebanyakan tindakan insulin ditujukan kepada metabolisme (kawalan) karbohidrat (gula dan kanji), lipid (lemak), dan protein. Insulin juga penting dalam melaraskan sel-sel tubuh, termasuk pertumbuhan tubuh.

Kerintangan Insulin (IR) ialah suatu keadaan di mana sel-sel tubuh menjadi kebal kepada kesan insulin, di mana tindak balas biasa ke atas sejumlah insulin menjadi berkurangan. Akibatnya, tahap insulin yang lebih tinggi diperlukan bagi membolehkan insulin memberikan kesannya. Apabila kawalan tahap insulin gagal, ia akan menyebabkan terjadinya diabetes melitus.

Diabetes Jenis 1: tiada pengeluaran insulin. Tubuh terpaksa bergantung kepada insulin luaran (suntikan harian insulin).
Diabetes Jenis 2: pankreas tidak selalunya menghasilkan insulin yang mencukupi atau kebal insulin.

Siapakah yang berisiko?

Sekiranya anda mempunyai sebahagian atau semua ciri berikut, anda hendaklah mendapatkan nasihat doktor:


Gejala biasa diabetes adalah:

Kerap dahaga walaupun telah meminum air yang banyak, kerap lapar, kerap penat, kegatalan kulit terutamanya di sekitar bahagian kemaluan, membuang air kecil secara berlebihan pada waktu siang dan malam, turun berat badan walaupun berselera, dan luka lambat sembuh.

Komplikasi jangka panjang diabetes termasuklah:

Penyakit jantung seperti angina, serangan jantung, penyakit mata, kegagalan buah pinggang, penyakit kaki seperti kebas, ulser, malah penyakit saraf gangren yang boleh mendatangkan masalah seperti mati pucuk dan cirit-birit.

Anda hendaklah berjumpa doktor dengan segera dan menjalani ujian gula darah yang mudah untuk mengesahkan sekiranya anda menghidap diabetes Jenis 2. Seterusnya, doktor anda akan dapat memberikan anda penjagaan dan nasihat yang diperlukan.

Pencegahan

Setakat ini, tiada ubat yang dapat menyembuhkan diabetes Jenis 2. Namun begitu, terdapat peningkatan dalam usaha untuk memahami diabetes serta menghasilkan ubat dan rawatan penyembuhan.

Apakah yang boleh dilakukan untuk membantu diabetes Jenis 2?

Jalani gaya hidup yang sihat:


Nikmati diet yang seimbang

Selain daripada insulin dan ubat-ubatan, mengambil diet yang sihat membantu anda memastikan glukosa darah anda terkawal. Ia juga membantu anda untuk mengekalkan berat badan pada tahap yang sihat.


Lakukan aktiviti fizikal secara kerap

Ia membantu untuk mencegah berlakunya komplikasi. Senaman turut membantu mengawal berat badan anda dan memastikan jantung anda sihat. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan sebarang program senaman.


Jangan merokok

Merokok memburukkan lagi keadaan saluran yang menjadi sempit akibat diabetes. Ia mengurangkan aliran darah kepada pelbagai organ tubuh dan membawa kepada pelbagai komplikasi yang serius.


Hadkan pengambilan alkohol

Alkohol mengganggu perancangan pemakanan dan kawalan glukosa anda, lebih-lebih lagi sekiranya anda mengambil insulin atau ubat untuk diabetes anda.