Language/语言/Bahasa

Hubungi Kami

  • No 2 Alexandra Road,

    #02-08 Delta House

    Singapura 159919

  • Tel +65 6275 5677

  • Faks +65 6275 2282

  • info@glucoscare.com

  • Isnin – Jumaat

    8.45 PG – 6.30 PTG

    tidak termasuk cuti umum

Profil Syarikat

GlucosCare International Pte Ltd ditubuhkan pada bulan Januari 1999 dan khusus dalam penyelidikan dan pembangunan produk teh herba yang mengawal glukosa. Syarikat kami adalah anak syarikat kepada Wen Ken Group, sebuah Kumpulan Penjagaan Kesihatan yang terkemuka dengan pengalaman lebih 70 tahun.

Kami menumpukan kepada penyelidikan dan pengeluaran produk teh herba semula jadi yang telah terbukti selamat dan berkesan secara klinikal dalam menangani gula darah yang tinggi, serta mempertingkat tahap kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan. Produk teh herba kami diedarkan ke lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia, termasuk Hong Kong, New Zealand, Kuwait, Serbia dan Poland.

Visi Jenama

GlucosCare bermatlamat untuk menjadi sebuah syarikat peneraju antarabangsa dan khusus dalam penyelidikan the herba berasaskan keselamatan dan keberkesanan dalam menangani gula darah yang tinggi serta mempertingkat kesihatan secara keseluruhan.

Misi Jenama

Untuk berkembang maju di lebih banyak pasaran luar negara

Untuk membangun dan memasarkan rangkaian produk baru yang menumpukan terhadap kesihatan dan kesejahteraan

Falsafah Jenama

GlucosCare bermatlamat untuk mendekatkan teh herba yang terbukti secara saintifik kepada pelbagai latar budaya yang berbeza dan membangunkannya menjadi Glukoseutikal yang selamat dan berkesan dalam menangani gula darah yang tinggi serta mempertingkat tahap kesihatan manusia. (Glucosceuticals – Teh Herba berfungsi yang bertaraf Gred Farmaseutikal)

Personaliti Jenama:

GlucosCare adalah suatu jenama yang terpuji dalam aspek Kewibawaan dan Kecanggihan

GlucosCare memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan tenaga pakarnya dalam teh herba yang berbilang budaya

GlucosCare melambangkan Keyakinan, Kepintaran dan Kepimpinan dalam bidang yang khusus kepada rakan niaga, pelanggan dan penggunanya.